Apabila ibu bapanya semakin hari semakin kurang berlaku adil, si puteri menganggap dirinya tidak berguna di depan mata ibu bapa.. Si Puteri mempunyai 8 orang adik beradik. Kakaknya yang nombor 3 dalam adik beradik menunjukkan perangai yang sangat dibencikan.. Perangai yang menyebabkan Si Puteri perasan bahawa ibu bapanya memang berat sebelah.. Hari demi hari si puteri cuba mengambil perhatian tapi semuanya sia-sia. Apabila dia melakukan kesalahan, bapanya marah, membebel, dan sebagainya.. Hal ini membuktikan lagi apabila suatu hari, si puteri bergaduh dengan adiknya dan menyebabkan adiknya menangis. Ayahnya terus bangun dan melempar penyapu. Pada saat itu Allah sahaja yang tahu, "yaAllah benarkah apa yang puteri lihat ini? BEnarkah ya Allah?" kata si puteri.
Tragedi ini berlaku menyebabkan si puteri berusaha mencari cara untuk minta perhatian dari ibubapanya.
Pada tahun 2007, bulan 10 pada ketika itu.. Si puteri melihat sahabatnya memegang dompet yang sangat cantik, sangat mewah. Si puteri cemburu dan ingin kan juga dompet seperti itu. Pada suatu hari, si puteri telah mencari jalan untuk memiliki dompet seperti itu. Dia telah mengambil dan membawa pulang ke rumah beg duit tersebut. Pada keesokan harinya, kawan-kawan puteri bising kerana dompetnya hilang. Bila mereka melihat dompet itu berada di tangan puteri, mak mereka melaporkan kepada ustazah. Ustazah tersebut sangat baik dan pandai menyelesaikan masalah namun tewas dengan cara puteri menyebabkan ustazah pindah sekolah kerana malu. Si puteri telah diabaikan oleh kawannya, dia tidak ada lagi kawan bersamanya kerana sikapnya itu. Ibu bapa puteri tidak tahu untuk buat bagaimana lagi, namun puteri tetap tidak berpuas hati dengan layanan bapa kepada kakaknya itu.
Puteri semakin berubah setelah berlaku kejadian tersebut dan juga ingin menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2008. Walaupun berubah tetapi mulutnya suka berbohong.. Bak kata pepatah :
':Cakap bohong, lama-lama memcuri''..
Sudah berbulan berlalu, selepas keputusan keluar, bapanya tidak berpuas hati dengan result teesebut namun terpaksa redha.
Pada tahun 2009, puteri telah meningkat remaja. Puteri mula belajar tentang ilmu agama kerana dia mendapat inspirasi dari abang sulungnya untuk mencari ilmu agama, belajar agama, MEnjadi motivator, belajar dan belajar. Pada ketika itu, tarbiyah dalam hatinya telah sebati. Walaupun begitu, dia tewas dengan godaan syaitan, dia mula mencari lelaki untuk meluahk perasaan. Pada tahun 2011, puteri pad awalny suka kepasa seseorang lelaki kerana dia telah baiki laptop kakaknya dengan lelaki itu. Lelaki itu sangat baik. Namun dia belajar didik hati di untuk tidak suka kepada lelaki. Tapi tewas juga dengan seorang lelaki yang berasal dari Perak. Lelaki tersebut belajat di pondok Pasir Tumboh. Mereka sering sms, sering call.. Sehinggalaa dia melakukan perkara yang tidak senonoh.. Lelaki tersebut menyuruhnya membuka baju untuk melihaf apa yang dia ada. Kerana sayang, puteri sanggup bt apa sahaja. Allah.. Allah..
Diari Kasih Tarbiah
Monday, 20 February 2017
1996
بسم الله الرحمن الرحيمم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
8 JUN 1996...
Kenapa tarikh ini?
Ya tarikh ini,lahirlah seorang puteri yang sangat cantik,manja dan lembut orangnya. Sepasang suami isteri yang baru mendapat anak yang ke-enam. Mereka sangat gembira dengan anak yang dilahirkan mereka. Keluarga yang penuh dengan kesederhanaan.Keluarga yang penuh kasih sayang dari Allah. Seminggu dilahirkan, puteri kecil ini menangis dengan tidak henti, si ibu menjenguk anaknya dan berfikir, anak aku lapar ke? anak aku dahaga ke? anak aku ...anak aku... Pelbagai persoalan bermain di minda si ibu. Setelah dirawat oleh seorang doktor, si anak ini disahkan bahawa tumor di payudara si anak. Payu dara semakin membengkak. Wajah si ibu penuh dengan kerisauan.
Setelah disahkan oleh doktor, operasi pembedahan dibuat secepat mungkin untuk mengelakkan perkara yang lagi bahaya dan boleh membawa maut. Seminggu kemudian pembedahan dilakukan. Setelah selesai pembedahan, selama dua minggu, anak ini telah diberi pelepasan untuk keluar wad. Si ibu dan bapa gembira apabila dimaklumkan sedemikian oleh pihak hospital.
Pada tarikh keramat ini, si kecil puteri dijaga,dibelai,ditatang dengan penuh kasih sayang dan agama Islam. Usia demi usia, hari demi hari,bulan demi bulan dan tahun demi tahun; anak ini membesar dengan sihatnya. Pada usia 6 tahun. anak ini memasuki alam persekolahan yang dipanggil ketika itu, PASTI {Pusat Asuhan Tunas Islam). Ketika di sekolah anak ini belajar, menimba ilmu, mencari apa yang disuruh oleh ibu bapanya. Anak ini mempunyai ramai kawan. Di PASTI, guru yang mengajar ketika itu ialah cikgu Dhani. Serang guru yang baik hati dan mulia orangnya.. Setiap hari anak ini dihantar ke sekolah, setiap hari menimba ilmu dan setiap hari cikgu Dhani menghantar anak ini ke rumah setelah usainya waktu pembelajaran. Bulan demi bulan akhirnya puteri ini habis belajar di pusat asuhan tersebut.
Pada tahun 2003, tahun inilah puteri meningkat naik ke darjah satu di sebuah sekolah luar bandar yang diberi Sekolah Kebangsaan Kampung Pek. Menuntut ilmu menjadi satu amalan yang sangat-sangat dituntut dalam Islam.Berdasarkan firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ ۖ وَإِذَا قِيلَ انْشُزُوا فَانْشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat”. Orang-orang yang berilmu akan pula dimudahkan jalannya ke syurga oleh Allah dan senantiasa didoakan oleh para malaikat.
Maka menuntutlah ilmu anak ini sehingga darjah enam.. Semasa perjalan untuk menghabiskan sekolah rendah ini, pelbagai memori bermain dalam dunia si puteri. Ketika darjah satu sehingga darjah tiga, si puteri seorang pelajar yang cemerlang di sekolah. Puteri hanya berada di kedudukan 1 atau 2 atau 3 didalam kelas selepas keputusan peperiksaan diumumkan oleh guru. Setelah menjejakkan kaki ke peringkat seterusnya, kedua ibu bapa si puteri menunjukkan sedikit berat sebelah tentang kasih sayang. Kasih sayang yang didahagakan sehingga menyebabkan si puteri menjadi pelajar bermasalah di sekolah. Allahu rabbi....
bersambung..........
Subscribe to:
Comments (Atom)