بسم الله الرحمن الرحيمم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
8 JUN 1996...
Kenapa tarikh ini?
Ya tarikh ini,lahirlah seorang puteri yang sangat cantik,manja dan lembut orangnya. Sepasang suami isteri yang baru mendapat anak yang ke-enam. Mereka sangat gembira dengan anak yang dilahirkan mereka. Keluarga yang penuh dengan kesederhanaan.Keluarga yang penuh kasih sayang dari Allah. Seminggu dilahirkan, puteri kecil ini menangis dengan tidak henti, si ibu menjenguk anaknya dan berfikir, anak aku lapar ke? anak aku dahaga ke? anak aku ...anak aku... Pelbagai persoalan bermain di minda si ibu. Setelah dirawat oleh seorang doktor, si anak ini disahkan bahawa tumor di payudara si anak. Payu dara semakin membengkak. Wajah si ibu penuh dengan kerisauan.
Setelah disahkan oleh doktor, operasi pembedahan dibuat secepat mungkin untuk mengelakkan perkara yang lagi bahaya dan boleh membawa maut. Seminggu kemudian pembedahan dilakukan. Setelah selesai pembedahan, selama dua minggu, anak ini telah diberi pelepasan untuk keluar wad. Si ibu dan bapa gembira apabila dimaklumkan sedemikian oleh pihak hospital.
Pada tarikh keramat ini, si kecil puteri dijaga,dibelai,ditatang dengan penuh kasih sayang dan agama Islam. Usia demi usia, hari demi hari,bulan demi bulan dan tahun demi tahun; anak ini membesar dengan sihatnya. Pada usia 6 tahun. anak ini memasuki alam persekolahan yang dipanggil ketika itu, PASTI {Pusat Asuhan Tunas Islam). Ketika di sekolah anak ini belajar, menimba ilmu, mencari apa yang disuruh oleh ibu bapanya. Anak ini mempunyai ramai kawan. Di PASTI, guru yang mengajar ketika itu ialah cikgu Dhani. Serang guru yang baik hati dan mulia orangnya.. Setiap hari anak ini dihantar ke sekolah, setiap hari menimba ilmu dan setiap hari cikgu Dhani menghantar anak ini ke rumah setelah usainya waktu pembelajaran. Bulan demi bulan akhirnya puteri ini habis belajar di pusat asuhan tersebut.
Pada tahun 2003, tahun inilah puteri meningkat naik ke darjah satu di sebuah sekolah luar bandar yang diberi Sekolah Kebangsaan Kampung Pek. Menuntut ilmu menjadi satu amalan yang sangat-sangat dituntut dalam Islam.Berdasarkan firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ ۖ وَإِذَا قِيلَ انْشُزُوا فَانْشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat”. Orang-orang yang berilmu akan pula dimudahkan jalannya ke syurga oleh Allah dan senantiasa didoakan oleh para malaikat.
Maka menuntutlah ilmu anak ini sehingga darjah enam.. Semasa perjalan untuk menghabiskan sekolah rendah ini, pelbagai memori bermain dalam dunia si puteri. Ketika darjah satu sehingga darjah tiga, si puteri seorang pelajar yang cemerlang di sekolah. Puteri hanya berada di kedudukan 1 atau 2 atau 3 didalam kelas selepas keputusan peperiksaan diumumkan oleh guru. Setelah menjejakkan kaki ke peringkat seterusnya, kedua ibu bapa si puteri menunjukkan sedikit berat sebelah tentang kasih sayang. Kasih sayang yang didahagakan sehingga menyebabkan si puteri menjadi pelajar bermasalah di sekolah. Allahu rabbi....
bersambung..........
No comments:
Post a Comment