Monday, 20 February 2017

Part 2 ''1996''

Apabila ibu bapanya semakin hari semakin kurang berlaku adil, si puteri menganggap dirinya tidak berguna di depan mata ibu bapa..  Si Puteri mempunyai 8 orang adik beradik.  Kakaknya yang nombor 3 dalam adik beradik menunjukkan perangai yang sangat dibencikan..  Perangai yang menyebabkan Si Puteri perasan bahawa ibu bapanya memang berat sebelah..  Hari demi hari si puteri cuba mengambil perhatian tapi semuanya sia-sia. Apabila dia melakukan kesalahan, bapanya marah, membebel, dan sebagainya.. Hal ini membuktikan lagi apabila suatu hari, si puteri bergaduh dengan adiknya dan menyebabkan adiknya menangis. Ayahnya terus bangun dan melempar penyapu. Pada saat itu Allah sahaja yang tahu, "yaAllah benarkah apa yang puteri lihat ini?  BEnarkah ya Allah?" kata si puteri.

Tragedi ini berlaku menyebabkan si puteri berusaha mencari cara untuk minta perhatian dari ibubapanya.

Pada tahun 2007, bulan 10 pada ketika itu..  Si puteri melihat sahabatnya memegang dompet yang sangat cantik, sangat mewah.  Si puteri cemburu dan ingin kan juga dompet seperti itu.  Pada suatu hari, si puteri telah mencari jalan untuk memiliki dompet seperti itu. Dia telah mengambil dan membawa pulang ke rumah beg duit tersebut. Pada keesokan harinya, kawan-kawan puteri bising kerana dompetnya hilang. Bila mereka melihat dompet itu berada di tangan puteri, mak mereka melaporkan kepada ustazah. Ustazah tersebut sangat baik dan pandai menyelesaikan masalah namun tewas dengan cara puteri menyebabkan ustazah pindah sekolah kerana malu.  Si puteri telah diabaikan oleh kawannya, dia tidak ada lagi kawan bersamanya kerana sikapnya itu.  Ibu bapa puteri tidak tahu untuk buat bagaimana lagi, namun puteri tetap tidak berpuas hati dengan layanan bapa kepada kakaknya itu.

Puteri semakin berubah setelah berlaku kejadian tersebut dan juga ingin menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2008.  Walaupun berubah tetapi mulutnya suka berbohong..  Bak kata pepatah :
':Cakap bohong, lama-lama memcuri''..

Sudah berbulan berlalu, selepas keputusan keluar, bapanya tidak berpuas hati dengan result teesebut namun terpaksa redha.

Pada tahun 2009, puteri telah meningkat remaja.  Puteri mula belajar tentang ilmu agama kerana dia mendapat inspirasi dari abang sulungnya untuk mencari ilmu agama, belajar agama,  MEnjadi motivator, belajar dan belajar. Pada ketika itu, tarbiyah dalam hatinya telah sebati.  Walaupun begitu, dia tewas dengan godaan syaitan, dia mula mencari lelaki untuk meluahk perasaan.  Pada tahun 2011, puteri pad awalny suka kepasa seseorang lelaki kerana dia telah baiki laptop kakaknya dengan lelaki itu. Lelaki itu sangat baik.  Namun dia belajar didik hati di untuk tidak suka kepada lelaki.  Tapi tewas juga dengan seorang lelaki yang berasal dari Perak.  Lelaki tersebut belajat di pondok Pasir Tumboh.  Mereka sering sms, sering call..  Sehinggalaa dia melakukan perkara yang tidak senonoh.. Lelaki tersebut menyuruhnya membuka baju untuk melihaf apa yang dia ada. Kerana sayang, puteri sanggup bt apa sahaja.  Allah.. Allah..


No comments:

Post a Comment